Alhamdulillah keberkatan bulan Ramadhan menyapa umat Islam lagi. Ramadhan adalah bulan di mana al Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izza. Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam; Lailatul Qadar iaitu malam yang terbaik di antara seribu bulan pada yang menyaksikan keagunganNya. Dan ia juga bulan di mana Allah subhanahuwataala memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu Neraka dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan dari Tuhan mereka, Al Qawwy, Al Azeem.
Generasi terdahulu muslimin, pada ketika berhukum dengan Kitab Allah, telah dilimpahi dengan keberkatan Ramadhan untuk menikmati kemenangan terhadap kaum kuffar. Dibawah kepimpinan Rasulullah saw, Negara Islam telah berjaya mengalahkan puak terkemuka dikalangan bangsa Arab, iaitu puak kafir Quraish di dalam peperangan Badar. Meskipun pada masa itu, Negara Islam mempunyai pasukan tentera yang kecil dari segi bilangan, mempunyai kelengkapan perang yang tidak mencukupi dan berhadapan dengan musuh Allah yang tiga kali ganda bilangannya termasuk yang terkuat dan paling berpengalaman dalam peperangan.
Firman Allah :
وَلَقَدْ نَصَرَكُمْ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ"
Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah ketika itu orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya." [Surah Ali Imran 3:123]Satu lagi peristiwa Ramadhan adalah Pembukaan Kota Mekkah (Fatah Mekkah) oleh Negara Islam. Pembukaan ini telah menundukkan puak Quraish di bawah kekuasaan pemerintahan Islam sekaligus menghapuskan kekejaman mereka terhadap bangsa lain dan juga memudahkan jalan untuk perluasan Daulah Islamiyyah ke serata pelusuk dunia.
Turun Firman Allah pada masa itu:
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا“
Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong” [Surah An-Nasr 110:1-2]
Dan pada abad kepimpinan Islam selepas era Rasulullah saw dan Khulafa’ ar Rashidun, Daulah Islam Khilafah mencapai kemenangan yang besar ke atas musuh-musuh Islam dalam bulan Ramadhan. Kaum Muslim telah berjaya mengusir Tentera Salib dari As-Syam sepenuhnya walaupun sebahagiannya telah cuba diusir semenjak berabad lamanya. Kaum muslim juga telah mengatasi dan mengalahkan bala tentera Tartar di Ein Jaloot yang telah melakukan kerosakan dan kekejaman terhadap kaum muslimin sebelumnya.
Jadi, dapat dilihat, ketika Kaum Muslimin ditadbir dan dihukum dengan peraturan Islam, Allah swt telah memperlihatkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan umat Islam ke atas musuh-musuhnya. Tetapi alangkah sedihnya pada Ramadhan kali ini, tanpa Daulah Khilafah, kaum Muslimin berhadapan dengan penaklukan oleh musuh-musuh Islam di setiap pelusuk ruang kehidupan mereka.
Sekali lagi pada Ramadhan kali ini, kaumMuslimin menghitung jumlah kematian saudara-saudara mereka hasil dari kerja tangan para penjajah yang menakluk tanah-tanah kaum muslimin di Afghanistan, Iraq, Palestin, Kashmir dan banyak lagi.
Pada Ramadhan ini, para tentera kaum muslimin ditegah dari menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam mereka tetapi dikerah tanpa bantahan untuk melindungi pihak penjajah kuffar dari saudara muslim mereka.
Ramadhan ini, kaum muslimin berdepan dengan penghinaan terhadap permata bernilai mereka, iaitu Deen Islam. Para penjajah kuffar barat.menanamkan pemikiran rosak mereka melalui sistem pendidikan, media-media massa dan iklan-iklan.
Dan Ramadhan ini, kaum muslimin mengharungi kepayahan dan kesempitan hidup kerana sumber-sumber alamnya dikuasai dan diexploitasi oleh penjajah.Biarpun Umat Islam mempunyai tanah yang luas, kaya sumber alamnya, jumlah penduduk yang ramai dan pasukan tentera yang gagah dan permata paling bernilai iaitu deen Islam yang benar, tetapi umat Islam dihina dan dikeji dihadapan kaum kuffar Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana tanpa adanya Daulah Khilafah Islam, politik dan pemerintahan tidak lagi kearah menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar.
Bahkan politik dan pemerintahan telah dihinakan kepada mengikut telunjuk perintah penjajah dan menghalang apa yang tidak di sukai oleh mereka. Politik bukan lagi memelihara urusan umat untuk mencapai keredhaan Allah semata. Sebaliknya politik pemimpin kaum muslim adalah agenda murahan untuk berlumba-lumba memenangi hati pihak penjajah yang sedang memerintah atau yang bakal memerintah, untuk kepentingan diri sendiri.Wahai umat Islam!
Ramadhan ini, dengan keadaan saudara-saudara umat Islam yang sedang hebat dilanda kesengsaraan akibat kekejaman pemimpin kuffar, kalian tidak sepatutnya berpuas hati menyembahkan diri kepada Allah dengan berpuasa dan bersolat sahaja. Sebaliknya, menjadi kewajipan bagi kalian untuk bersama-sama bekerja ke arah penerapan agama Allah di muka bumi ini dan memastikan keutuhan nya dari segala macam cara hidup, tidak lain dan tidak bukan dengan mengembalikan semula Khilafah, agar Ramadhan kembali menjadi saksi ke atas kemenangan kaum muslim satu persatu. Marilah bekerja untuk menukar pemimpin kaum muslimin yang rosak ini dan mengembalikan Khilafah di tempatnya, bukan hanya kerana hidup dan mati tetapi atas Perintah dari Allah swt. Seandainya kalian sebagai muslim tidak menjalankan kewajipan ini, adalah seperti kalian bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin yang melakukan dosa ini.
Keadaan kaum muslimin akan lebih parah di dunia ini dan mereka akan di hukum di akhirat nanti
Sebagaimana sabda Rasulullah sawإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَا يُعَذِّبُ الْعَامَّةَ بِعَمَلِ الْخَاصَّةِ حَتَّى يَرَوْا الْمُنْكَرَ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِمْ
وَهُمْ قَادِرُونَ عَلَى أَنْ يُنْكِرُوهُ فَلَا يُنْكِرُوهُ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَذَّبَ اللَّهُ الْخَاصَّةَ وَالْعَامَّةَ“
Allah tidak akan menghukum sekelompok umat di atas perbuatan sekelompok dari mereka, sehingga mereka melihat kemungkaran berlaku di tengah-tengah mereka dan mereka mampu untuk menghalangnya tetapi mereka tetap membiarkannya, dengan demikian itu, Allah akan memberi balasan ke atas semua orang.” (H.R Ahmad) Oleh itu, ambillah peluang keberkatan Ramadhan ini.
Kembalilah kepada Allah subhanahuwataala dengan meningkatkan usaha menentang pemimpin yang rosak dan mengembalikan Daulah Khilafah di tempatnya. Hanya Khilafah akan mengembalikan kedaulatan Islam yang akan memelihara kaum muslimin dan Deen mereka dan menggentarkan hati musuh-musuh Islam. Dan ketahuilah, Allah telah menjanjikan kemenangan bagi orang yang benar-benar mempercayaiNya.
Seperti Firman Allah : وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ”
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.” [Surah Ali-Imran 3:139]
SEMOGA BULAN YANG MULIA INI BENAR-BENAR MEMBAWA KEMENANGAN KEPADA UMAT ISLAM DAN GROUP MyJ PROJECT... AMIN...