CDM Id Azalan Shah, Sherry & DDM Salim Saffar
pada 4/8/2010 - 6/8/2010
Perjalanan kami bermula jam 3.15pm dari Terminal A04 KLIA menaiki pesawat MH2706 kami tiba di Sandakan sekitar jam 6.20ptg...
Setiba disana kami disambut oleh DSM Abg Hashim & Mustapa suami isteri. Kami kemudian dibawa ke hotel untuk check in. Selepas solat Isyak kami berangkat ke Restoran Nipah untuk makan malam bersama beberapa rakankongsi sambil berbincang secara tidak formal tentang pembangunan MyJ Negeri Sabah serta sambutan penduduk di Sandakan.
Selepas makan malam kami sepatutnya pulang ke Hotel untuk berehat tetapi apabila Abg Hashim bercerita tentang buah durian yang banyak serta harga nya yang murah, apa lagi plan bertukar daripada balik tidur lebih baik lepak dan makan durian...
Kalau bukan pun kerana Buah Durian , kami biasanya akan ke Ruang Meletak Kereta Pasar Awam Sandakan selepas jam 12 tengahmalam untuk membeli beberapa sayur untuk dibawa balik ke Semenanjung. Semalam kami sempat beli cili padi kampung sangat fresh, sangat pedas (power) pd harga RM15 sekilo.. Malam nie saya akan membeli brokoli, terung, serai, kobis Jepun, peria katak dsgbnya.
Petang nanti saya akan ke Pasar Awam Sandakan untuk membeli Ikan Bilis & Ikan Kering dan seterusnya ke Pasar BDC membeli makanan laut sekitar jam 4petang. Hasil Tangkapan Laut yang sangat segar & sangat murah. Semua barang yang dibeli akan dihantar ke kilang untuk proses pembungkusan sebelum dibawa naik ke pesawat.
0 comments:
Post a Comment