A TRIBUTE TO ALLAHYARHAM YUSOF MOHD TAIB - AL FATIHAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Semalam kita kehilangan salah seorang wira ataupun Pejuang tulen MyJ Project. Pemergian beliau sangat dirasai terutama oleh isteri, Zaiton Jalaludin serta anak tunggal beliau. Bagi kami warga MyJ Project pemergian beliau merupakan suatu kehilangan yang sukar dicari ganti.

Sebutir permata yang dulunya biasa biasa aje tetapi bersama MyJ Project, beliau digilap sehingga menjadi sebutir permata yang sangat berharga. Berkilau menyinari penghidupan rakan sekeliling.

Pendiam dan Lembut orangnya tetapi mudah dihampiri dan sangat senang dibawa berbincang. Keperibadian yang tinggi, beliau sentiasa menghargai erti persahabatan membuatkan beliau amat disenangi.

Berita Pemergian beliau membuatkan saya terpanggil untuk membuka semula photo-photo yang diambil ketika beliau aktif menjalankan perniagaan MyJ Project. Benar-benar merasai kehilangan tetapi apakan daya kita hanya manusia biasa yang tidak boleh melawan takdir dan ketentuan Illahi.

Doa kami panjatkan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Amin

MPP DAN MESYUARAT LEADER DI HOTEL INDAH BT 4,SANDAKAN














MyJ Project Presentation dan Mesyuarat Pemimpin Daerah dilakukan serentak selepas tamat MPP.

Kami menerima beberapa keahlian baru ada diantara mereka adalah orang lama Hai-O daripada kumpulan lain.

Kami juga menerima kemasukkan Pegawai Kanan Kastam Lahad Datu pada bulan Ogos nie....Tahniah!

Perbincangan kali ini lebih kepada mencari ruang pejabat sebagai MyJ Business Center untuk Sandakan. Ia dilihat sebagai satu tempat yang menjadi nadi dan penggerak kepada kumpulan yang semakin membesar di Sandakan.

Pemimpin-pemimpin MyJ Sandakan juga merancang beberapa program supaya mereka dapat memberikan tumpuan yang lebih banyak kepada pembangunan ahli-ahli dibawah pimpinan mereka.

Strategi demi strategi diatur supaya MyJ terus gah di Bumi Sabah Negeri diBawah Bayu...
Insya Allah.

SATU KEMESTIAN BILA CDM ID/SHERRY TIBA SANDAKAN




























Catatan Perjalanan

CDM Id Azalan Shah, Sherry & DDM Salim Saffar

pada 4/8/2010 - 6/8/2010

Perjalanan kami bermula jam 3.15pm dari Terminal A04 KLIA menaiki pesawat MH2706 kami tiba di Sandakan sekitar jam 6.20ptg...

Setiba disana kami disambut oleh DSM Abg Hashim & Mustapa suami isteri. Kami kemudian dibawa ke hotel untuk check in. Selepas solat Isyak kami berangkat ke Restoran Nipah untuk makan malam bersama beberapa rakankongsi sambil berbincang secara tidak formal tentang pembangunan MyJ Negeri Sabah serta sambutan penduduk di Sandakan.

Selepas makan malam kami sepatutnya pulang ke Hotel untuk berehat tetapi apabila Abg Hashim bercerita tentang buah durian yang banyak serta harga nya yang murah, apa lagi plan bertukar daripada balik tidur lebih baik lepak dan makan durian...

Kalau bukan pun kerana Buah Durian , kami biasanya akan ke Ruang Meletak Kereta Pasar Awam Sandakan selepas jam 12 tengahmalam untuk membeli beberapa sayur untuk dibawa balik ke Semenanjung. Semalam kami sempat beli cili padi kampung sangat fresh, sangat pedas (power) pd harga RM15 sekilo.. Malam nie saya akan membeli brokoli, terung, serai, kobis Jepun, peria katak dsgbnya.

Petang nanti saya akan ke Pasar Awam Sandakan untuk membeli Ikan Bilis & Ikan Kering dan seterusnya ke Pasar BDC membeli makanan laut sekitar jam 4petang. Hasil Tangkapan Laut yang sangat segar & sangat murah. Semua barang yang dibeli akan dihantar ke kilang untuk proses pembungkusan sebelum dibawa naik ke pesawat.