Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Semalam merupakan hari yang sangat sibuk. Seharian di Stokis A31 Kuala Kangsar, saya menyiapkan semua bahan-bahan pakej MyJ yang perlu dibawa ke Sabah..perasaan pada ketika itu amat teruja, rindu & tak sabar-sabar nak berjumpa dengan semua rakankongsi baru & lama di Negeri di Bawah Bayu yang begitu ISTIMEWA dihati saya.
Perjalanan kami bermula jam 12tgh dari Ipoh menuju ke KLIA, saya & CDM Id Azalan Shah bertemu dengan DDM Salim Saffar di Petronas KLIA, masing-masing teruja bercerita tentang HEBATNYA orang Sabah...
Tepat jam 2.30ptg kami check-in di kaunter KLIA kemudian pada jam 3.20ptg penerbangan pun berlepas ke destinasinya...
Penuh sungguh kabin kali ini memandangkan hari ini adalah cuti umum Tahun Baru Cina & hujung minggu. Kebetulan pula, saya duduk bersebelahan seorang guru KPLI dari UPSI Tanjung Malim yang bakal menjalani latihan di Johor.
Suami beliau juga seorang guru disalah sebuah sekolah di Kepulauan sekitar Sabah. Saya tidak melepaskan peluang memperkenalkan MyJ Project dan peluang yang boleh diperolehi dari perniagaan HEBAT ini...
Tepat jam 6.10ptg kami tiba di Lapangan Terbang..kali ini berbeza dari sebelumnya apabila kami disambut bagaikan VIP dengan konvoi MyJ Project dengan satu semangat luarbiasa..Saya amat teruja...
Syukur Alhamdulillah sebak rasa hati melihat komitment mereka, keakraban mereka, kasih sayang mereka, kami ini bukan lagi orang asing bagi mereka..... sudah umpama satu keluarga...
Bahagianya melakukan perniagaan MyJ Project apabila kita mula merasai KEMANISANNYA..bukan sahaja dalam bentuk DUIT (Pendapatan Lumayan), KERETA MEWAH ATAU MELANCONG PERCUMA tetapi lebih kepada Ukhuwah, Keikhlasan & Hubungan ISTIMEWA antara kami yang tidak perlu dipertikai lagi.
Ikhlas saya katakan saya tidak akan perolehi BAHAGIA ini jika saya masih MAKAN GAJI...
KAMU HEBAT.......MATA LENO.......MAPNDAI
With All Luv,
Sherry Al-Jamalullail/Kak Long
0 comments:
Post a Comment